andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu jatuh cinta,
lelaki itu tidak
semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya.
andai lelaki tahu..
apabila
seseorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia
lemah tapi dia
sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai
lelaki itu.
andai lelaki tahu...
apabila
seorang perempuan cepat marah,
dia memang tidak mampu mengawal
perasaannya.
tapi percayalah itulah maknanya dia sangat mengambil berat
dan menyayangi lelaki itu.
lihat sahaja pasangan yang baru bercinta,
mereka jarang bergaduh. tetapi percayalah
semakin bertambah sayang
mereka pasa seseorang,
semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku.
andai lelaki tahu...
apabila
seseorang perempuan itu banyak bercakap,
dia tidak pernah bermaksud
untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih
dekat.
andai lelaki tahu...
seorang
perempuan itu berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia
tidak mahu menerima anda seadanya.
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih
baik,
bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan anda
andai lelaki tahu..
apabila
seseorang perempuan itu cemburu
dan tidak percayakan anda itu
bukan
bermakna dia tidak sayang..
sebaliknyaa dia terlalu sayangkan anda
dan
masih menganggap anda seperti anak kecil yang perlukan perhatian.
kadang-kadang dia terlalu risau
sekiranya terlalu percaya,
anda akan
mengkhianati lepercayaan yang diberi.
naluri keibuannya kuat.
dia hanya
mahukan yang terbaik untuk anda.
andai lelaki tahu..
apabila
perempuan itu merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
dia bukannya mahu
dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan
perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dirinya dihargai..
andai lelaki tahu..
apabila
perempuan jarang mengatakan ' I love You,'
itu tudak bermakna dia tidak
mencintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan
hanya dengan kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya..
andai lelaki tahu..
apabila
perempuan kata dia rindu pada kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
apabila berjauhan,
bayangan kamu akan sentiasa bermain di mata.
andai lelaki tahu..
apabila
perempuan kata lelaki lain itu lebih baik daripada diri kamu,
jangan
percaya kata-katanya kerana dia hanya menguji kamu.
dia mahu melihat
bagaimana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
walaupun
sememangnya kamulah yang terbaik di hatinya.
selagi dia dengan kamu,
percayalah, walaupun perempuan masih menganggap ramai lagi yang lebih
baik dimatanya,
tetapi dihatinya kamu tetap yang terbaik.
andai lelaki tahu..
apabila
perempuan itu menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat sejauh mana kamu mampu bersabar dengan kerenahnya.
percayalah hati perempuan itu sangat lembut.
andai kena caranya,
jangan
terkejut kalau dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
andai lelaki tahu..
apabila
perempuan itu berkata
"tolong tinggalkan saya".
dia tidak bermaksud
menyuruh anda pergi selamanya.
dia hanya mahu menenangkan fikirannya
sebentar saja.
apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari
anda semula.
itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
perempuan
memang sukar mengawal perasaan.
dia terlalu emosional.
tapi dialah yang
paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri
anda.
andai lelaki tahu...
sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan
itu dengan perbezaan yang tersendiri. tetapi
sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
disebalik air
matanya, tersimpan seribu kekuatan
yang bakal menjadikan seseorang
lelaki itu selamat bersamanya.
biarpun perempuan itu tampak lemah
tapi
dia punya kekuatan sendiri yang bisa mengoncangkan dunia
dan mungkin
bisa pula membuat lelaki lemah kerananya..
jadi
hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga
ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih
sempurna.
dialah yang bakal menjadi perempuan
bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak-anak anda..
credit to : Dia Azreen