Showing posts with label ntapapela.. Show all posts
Showing posts with label ntapapela.. Show all posts

Wednesday, March 06, 2019

Rapuh


Aku ingat aku kuat
Tapi hakikat
Aku rapuh.
Aku perlu menerima
Kehilangan kau 
Membawa separuh jiwa ku
Semoga aku tabah dan kuat hadapi
Aku xcukup kuat
Tapi aku usaha. 
Maafkan andai mengganggu mu
Lost focus. 
Deep 

Need u.😔



Sunday, March 03, 2019

Take it or Leave it...




cinta, mencintai
sayang, menyayangi
kasih, mengasihi..
aku tak pernah terfikir semua ni akan datang balik pada aku,
selama ini aku cukup bangga dengan sayang keluarga aku,
jadi aku xperlu semua ni lagi..
tapi akhirnya aku kecundang lagi,
kali ni ….

Blacknight, awak sebaik-baik manusia yang pernah aku jumpe tapi aku buang camtu je sebab ego aku.
Mr.blacknight time kasih sebab ajar aku untuk hargai orang lain.

A, awak adalah sebaik2 manusia, seindah ciptaan Allah untuk aku kenal dan mendalami. tapi sayang ada benteng antara kami.
aku tak pernah berada dalam dunia tarik tali yang paling lama.. awak satu-satunya buat saya mampu bertahan hampir 3tahun, saya tak pernah sayang orang sebagaimana saya sayang awak. tapi masih jugak tak cukup untuk awak kan.. silap sebab saya hadir lambat dalam hidup awak. dan silap sebab sy bertahan untuk kita. seharus dari awal lagi saya hilangkan.. maafkan saya.

sejujurnya, saya sayang awak sangat2 tapi saya kena sedar hakikat tahap saya kat mana je.
saya sedar yang saya memang tak layak pon untuk awk walau sikit. awak pasti marah kalau awak baca ni. tapi ye, saya dah tak sanggup nak hadap semua. cukup la sampai sini..

kejamkan saya.. sekejam manusia yang pernah awak jumpe. saya mintak maaf sejujurnya saya sudah putus asa dan xda daya nk bertahan lagi.. saya akan jadi seteruk2 manusia untuk awak,, untuk sakitkan hati awak untuk kecewa kan awak. sebagaimana yang awak tengok keadaaan sekarang. semua hancur tunggu berkecai.

anggap jer tiada jodoh anta kita. mungkin awak bukan untuk saya. dan saya bukan untuk awak.

mungkin benar kata-kata dari mak awak,,

perkenalan kita berdua hanya ujian dari Allah, perasaan sayang antara saya dan awak tu hanya sekadar sayang yang tak bermaksud kita kan berakhir sama. sayang tu mungkin hanya sekadar kawan yg terbaik. **noted**


mungkin jugak benar kata2 mak saya.

saya hanya persinggahan untuk awak gembirakan hati awak yang kecewa. tak per saya xkisah dah saya halalkn klu betul semua ni. saya sedar sape je saya dan saya mintak maaf sebab saya bukan yang terbaik untuk awak.

bukan saya tak nak terus berjuang. tapi hari demi hari saya tak nampak jalan dah. semakin tertutup dah jalan tu.

dan saya da nampak ada sinar dalam kehidupan awak sekarang walau tanpa saya. jadi saya harap awk teruskn bersinar. sebab saya bukan bintang yang awak cari da. bintang tu dah ada depan mata awak sekarang cuma tinggal masa untuk awak terus lap kan bagi die terus bersinar.

maaf sebab saya sendiri pon kecewa dengan diri saya. dan saya menyesal sebab saya pernah muncul dalam kehidupan awak… sesungguhnya saya manusai yang xlayak ada dalam kehidupan awak.

sebagai sampah, saya semakin sedar tahap saya kat mane. saya terima dengan hati terbuka.

sebagai betina, saya tahu saya salah tapi sape awak nk hukum saya smpai macam ni. sayan masih ada maruah diri, dah saya terluka.

this girl slowly adapts to leave you. forgive her for all the madness she makes. and forgive her for leaving this world. this girl already starts to move on.




Saturday, August 18, 2018

Untuk Seketika



terima kasih
untuk seketika.
mengajar aku penuh makna
makna dalam kehidupan
makna satu kebahagiaan
makna satu kesedihan
makna satu perpisahan
dari sini aku belajar satu erti
erti pengorbanan
semua bercampur jadi satu

untuk seketika?
 mungkin juga
untuk selama-lamanya
maafkan aku andai ini terlalu mendadak
tapi ini satu2nya masa yang ada
andai bukan sekarang
bila lagi akan di mulakan

langkah ini terlalu drastik
tapi cukup untuk semuanya
supaya tiada lagi hati terluka akan datang

aku mungkin kejam dalam semua ni
kejam kerana menutup peluang
menuntut bela
mencari punca
menyatu kan kita
tapi mungkin ada yang terlupa
bahawa aku juga menjadi mangsa
mangsa keegoan diri aku sendiri
mangsa kepentingan diri sendiri.

maafkan aku kerana tidak mengawal diri
maafkan aku kerana tidak mengawal diri
maafkan aku kerana hadirkan diri
maafkan aku kerana menerima ini
maafkan aku kerana hidup di dunia ini

 doakan aku
moga mampu melepaskan
moga mampu melupakan
moga mampu tabah
moga terus tabah




untuk seketika..
my time stop.
because u're my time
thanks for being my colour of mylife.

Wednesday, August 15, 2018

Jangan Benci Cintaku


husna di benci tanpa simpati,

fika di sayangi kerana tidak mengulangi

shah di tepis pilu tanpa di hakimi,

sekian..

Elizaberth Quay, Perth


Sunday, May 17, 2015

Kenali aku ...

"Kata ibarat 
Pedang yg tajam
Yg bisa mebunuh lawan
Kata kata yang penuh hikmat
menyedarkan kita
Kata madah pujangga
Bisa mjadi pedoman manusia
Jaga bahasa kata
kita jgn salah diguna
Terlajak perhu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak kata hilang percaya."


Bicara Kata oleh In-Team


Kenapa tetiba?
Mungkin kerana aku
Tersilap berbicara
Mungkin kau sedang terasa
Maafkan aku..
Andai kau terasa..
Hmm..
Benarlah kata pepatah.
"Terlajak kata buruk padahnya"
Aku selalu beringat
Tapi aku pon insan biasa
Kekadang *selalu* buat salah.
Aku faham.
Hanya orang yang kenal aku
Akan faham apa maksud aku

Tapi kau baru je perjumpaan kali ketiga 
Ermm..
Kalau kau terasa dan
Kutuk belakang aku terima je
Sebab aku tahu aku salah
Takpe aku maafkan kau
Tapi,
Tolong kenali aku dulu
Sebelum kau buat keputusan
Tu je aku minta
Kenali aku...
Barulah kau buat ape kau nak buat..

sorry ~~

Friday, May 30, 2014

Jangan kecewakan orang yang mencintaimu.. (by Mr.Blacknight1990)

 
 
just noted that i get..somebody give "back" to me...
well something unexpected..but nice to share..
Jom layan~~

1-  Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya. 

2 - Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya. 

3 - Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah. 

4 - Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu. 

5 - Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’, 'Selamat Hari Minggu’ , ‘Selamat Tidur’ , ‘Take Care’ , dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu. 

6 - Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7 - Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu. 

8 - Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu. 

9 - Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya. 

10 - Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu. 

11 - Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu. 

12 - Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa. 

13 - Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya. 

14 - Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu. 

15 - Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’ 

16 - Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih. 

17 - Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu. 

18 - Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi. 

19 - Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu. 

20 - Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya. 

21 - Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya. 

22 - Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu. 

23 - Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
 
so, jangan la mengecewakan orang yang mencintai anda...andai dia kecewa belum tentu anda akan dapat balik orang yang sama. sekali ia terusik tidak mampu akan kembali lagi..kan..~ ceh ayat tak leh blah..hahahha..



Sunday, May 25, 2014

Ariesa Merapu Again~

salam...
anneyong..
hello..
long time no see..long time no see..long time no see..long time no see...okay stop...dah cukup merapu ngan lagu Top oppa...jgn nk merosakkan lagi...

siapa sangka..topik hari ni...
ape yang x tersangka... haha..hanya yang menghadapi akan mengetahui... Ariesa seorang yang mudah terpengaruh dan mengada? ..Fatihah seorang yang lasak dan penting diri juga x terima pendapat orang. .hahah..orang sama tapi watak berbeza...boleh ke?? well dah biasa pon orang ckp cmtu accept jelah..haha.. but I'm still Fatihah.. the old fatihah and the annoyed one.. * I guess..bipolar disorder...selalu je kena ngan bebudak ni..tp redha jelah..nampak dgn terang dan nyata...haha..ayat pasrah giler... terima je..

second siapa sangka...yang mmg xtersangka dek akal cetek aku ni... yelah siapa sangka kan..menda yang kita lepaskan akhirnya balik kepada kita sendiri. .. what I mean is...the note.. follow hyperlink...rasa mcm x sanggup nak publish..biar die duk lam draft lama2 skit... bukan nak cari publisiti..but notes ni bukan aku yang reka pon..aku akan credit kat owner die.. Mr.Blacknight..cuma unexpected la kan.. rasanya macam terkena batang hidung sendiri..tapi nak buat macam mana...barang yang lepas usah dikenangkan balik..xde makna pon semua tu... bak kata ramli sarip ngan khatijah ibrahim
"yg dulu usah di rindu, hilangkanlah dari hatimu"

so kena hilangkan la...xleh pikir lebih...cuma satu je... kepada orang yang pernah bagi notes ni kat aku..aku harap sangat yang aku boleh beri proper explanation kat die...coz until today aku still rasa bersalah kat die...I wish.. aku masih orang sama...email, fb, twitter and phone number still sama..xde nk berubah pon..cuma bertambah je..hahaha...


p.s: Andai hatiku bersuara..=P

Saturday, April 12, 2014

saya..awak..rindu..

Awak...




awak...


siapa saya untuk awak..siapa awak di hati saya..
erm..





doa dalah segala2nya...
orang cakap..



kerana disaat ..


hanya Allah yang tahu semua nya...jangan pernah lupa berdoa dan berusaha...

Thursday, April 25, 2013

andai lelaki tahu..

 
 
Wahai semua lelaki jom selami hati wanita...
andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu jatuh cinta,
 lelaki itu tidak semestinya punya segalanya 
tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya.

andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu mengalirkan air mata, 
itu bukan bermakna dia lemah tapi dia 
sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.




andai lelaki tahu...
apabila seorang perempuan cepat marah,
 dia memang tidak mampu mengawal perasaannya.
 tapi percayalah itulah maknanya dia sangat mengambil berat 
dan menyayangi lelaki itu. 
lihat sahaja pasangan yang baru  bercinta, 
mereka jarang bergaduh. tetapi percayalah 
 semakin bertambah sayang mereka pasa seseorang, 
semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku.

andai lelaki tahu...
apabila seseorang perempuan itu banyak bercakap,
 dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
 tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

andai lelaki tahu...
seorang perempuan itu berkata dia mahu anda berubah, 
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya. 
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, 
bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan anda

andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu cemburu 
dan tidak percayakan anda itu 
bukan bermakna  dia tidak sayang..
sebaliknyaa dia terlalu sayangkan anda 
dan masih menganggap anda seperti anak kecil yang perlukan perhatian.
 kadang-kadang dia terlalu risau 
sekiranya terlalu percaya, 
anda akan mengkhianati lepercayaan yang diberi.
 naluri keibuannya kuat. 
dia hanya  mahukan yang terbaik untuk anda.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu merajuk, 
jangan kata dia mengada-ngada. 
dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
 atau hadiah sedozen, 
tetapi cukup dengan perhatian 
yang boleh buat perempuan rasa dirinya dihargai..

andai lelaki tahu..
apabila perempuan jarang mengatakan ' I love You,' 
itu tudak bermakna dia tidak mencintai 
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, 
bukan hanya dengan kata-kata 
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya..


andai lelaki tahu..
apabila perempuan kata dia rindu pada kamu, 
dia benar-benar maksudkannya. apabila berjauhan, 
bayangan kamu akan sentiasa bermain di mata.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik daripada diri kamu,
 jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya menguji kamu. 
dia mahu melihat bagaimana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
walaupun sememangnya kamulah yang terbaik di hatinya. 
selagi dia dengan kamu, 
percayalah, walaupun perempuan masih menganggap ramai lagi yang lebih baik dimatanya, 
tetapi dihatinya kamu tetap yang terbaik.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu menjadi degil, 
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil 
tapi dia mahu melihat sejauh mana kamu mampu bersabar dengan kerenahnya. 
percayalah hati perempuan itu sangat lembut. 
andai kena caranya, 
jangan terkejut kalau dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu berkata 
"tolong tinggalkan saya". 
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. 
dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
 apabila dia kembali tenang, 
percayalah dia akan mencari anda semula. 
itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. 
perempuan memang sukar mengawal perasaan. 
dia terlalu emosional. 
tapi dialah yang paling menyayangi anda 
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

andai lelaki tahu...
sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan 
itu dengan perbezaan yang tersendiri. tetapi 
sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
  perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. 
disebalik air matanya, tersimpan seribu kekuatan 
yang bakal menjadikan seseorang lelaki itu selamat bersamanya. 
biarpun perempuan itu tampak lemah 
tapi dia punya kekuatan sendiri yang bisa mengoncangkan dunia 
dan mungkin bisa pula membuat lelaki lemah kerananya..

jadi 
hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda 
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja 
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda 
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. 
dialah yang bakal menjadi perempuan 
bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda..

credit to : Dia Azreen


 

Sunday, May 20, 2012

Bila Budak2 Engineering Tunjuk Bakat…


assalamualaikum…….

best tak tajuk tu…erm….
semua ni kisah budak2 electrical engineering kat gmi ni tunjuk bakat terpendam diorang…
maklum la asyik duk buat kije electric jer..ni la masa nak tunjuk bakat semulajadi yang ader…maklum la..di semester terakhir ni semua dah nak expired dah….dah nak tinggalkan GMi orang kata….

semua ni kebetulan jer… sorang dari group final year aku ni…ejaz namanya…nak on laptop tapi tetiba jer skrin x nyala…..cuba punya cuba…still jugak tak nak hidup…siap gosok2 manja lagi kata orang…nk pujuk bagi hidup la….tapi still jugak tak hidup….before ni dak2 yang pakai laptop sama brand dengan die pon ader jugak kena macam ni… nak buat camne arini turn die…kesian lak kat die….akhir2 sem ni bnyak nk guna tapi akhir2 sem jugak la die nak buat hal…

bila kesabaran seme dah hilang….apa lagi…..semua skru di tanggalkan

  ni tangan engineer computer...die yang bukak kan 
and die jugak yang pasangkan balik...
aku rasa die jer yang tau..huhu



 ni lah yang terjadi...hbis semua di bukaknyer...


Mr Faisal Fadzil....
aku rasa dalam dua hari ni die dah operate dua laptop same brand ni..
 
ni semua budak2 instrument yanh nk graduate bulan 6 ni...
yang di belakang sekali tu la Mr Ejas...
and yang berbaju biru paling kecik tu Yen 
laptop die di operate semalam...
yang lagi sorang tu Yen jugak...
kije die menyibuk jer..huhuhuhu
  

dah leh jadi gitar dah keyboard tu...erm..tu hobi die la tu...


ni internal hardisk....saje amik...hahaha


ni diorang ckap ape ntah..aku lupa lak...
huhuhu...

kerosakan yang di kenal pasti...BIOS...ape ntah..aku bab2 laptop ni kurang skit....tapi pernah la dengar sal ni...maklum la dulu ader kelas computer masa sem satu...tu pon 3 tahun lepas...huhuhu

erm….budak2 laki biasa buat kije ni…dak pompuan jgn harap la laptop pon x pernah nak servis…berdebu memang xyah cakap la…
aku?? mmg spesis pompuan jugak..hahhahah…malas giler nk servis…paling rajing pon aku tiup2 jer…kira paling rajin la tu..huhuhu…

so ape ape pon...aku harap kita semua berjaya k!!

p/s:: dulu ader orang rajin servis laptop aku..so selalu la bersih


Thursday, January 19, 2012

my formspring



okey...like the title la kan...
aku baru jer ciapkan formspring aku...
so se saper yang ader nak tanya aku tu..
yang x berani nak berdepan dengan aku tu...
di cadangkan meluahkan soklan korang kat sini yer...
xyah la takut2...
aku xmakan orang lagi...
erm maybe soklan korang nanti banyak buat aku berubah jadi baik..
mane la tau kan..
so ak me anyting in here...

ask me here!!

Tuesday, October 25, 2011

OuT Of CoNTrOL….

 

kenapa ek?? selalu jer pompuan di buli lelaki??
kenapa pompuan selalu jadi mangsa lelaki??
kenapa xde betul2 lelaki yang baik?
memang xde yang perfect..
at least respect la pompuan skit.
kekadang sakit hati tengok lelaki yang hanya tau menggunakan pompuan..
x sedar ke diorang xpa pompuan xde mereka kat dunia ni…
berhadapan dengan lelaki seperti ni lah…
membuatkan aku takut untuk menerima lelaki dalam hidup aku..
kadang2 salah yang pompuan buat…
xleh seratus peratus jatuh pada pompuan…
mungkin sedikit sebanyak ianya…
bermula daripada insan yang berjantina lelaki..
so, LELAKI kat luar sana…
please respect sikit kat pompuan….

 

 

252555_219450804746946_210424388982921_814047_3340039_n

 

 

mood :: beast is the best!

Thursday, June 16, 2011

Penantian Ku Sia2…


ku tetap setia

tapiku tak mahu dipersiakan

kau fahamkah hati ini?

aku termenung sendiri..

menanti mu yang mmg tidak pasti…

aku harapkan keajaiban terjadi..

semoga segala yang berlaku

bakal berubah

dan menjadikan penantian ku tidak sia2..

Wednesday, May 04, 2011

Ketandusan Idea sangat ke???

Korean POP atau nama glamor skit (rasanya banyak la) KPOP....
mesti lau dengar Kpop so lam fikiran korang mesti Hallyu Star dari korea kan??
tapi ntah nape la..sekarang ni Korean Pop dah di tukar ke kepada Keindahan Pop...
memang la pop tu indah tapi xkan la industri malaysia pon ada KPOP??

xde kije guna gmbar suju

sah2 dah copy cat kat situ...
mane keindahan industri malaysia yang indah tu....

but why this group????


 lau korang besarkan ni ade la gelaran masing2...
ntah pa per la...
dah ar pakaian...ish2..
kristian tu leh terima agi...tapi ada melayu 2 org...
erm...lau setakat pakai stoking camtu baik xyah la...
hah!
ni satu agi..
leh tahan jugak gambar ni..huhuhu
mamat jambu or gay??
mane sesuai..?


 ade hati nk tiru gaya pemakaian UKISS....
berbeza giler2...
org bukak baju kita nk bukak jugak...
dah tu diorang makan pork.
korang nak makan jugak ke?
erm........
sedar la weh, korang makan budu belacan jer..


ni lak nk tiru SUJU a.k.a SUPER JUNIOR.
hehhehe..
kaler kulit pon dah beza..
ade hati nak tiru..
huhuhuhu


ni die komen yang aku kira bagus ar skit..hahhaha
memang marah giler ar die tu...
tapi aku sokong  ar..
lagipon betul ape die cakap tu..

dah bermacam2 org duk kutuk depa...
memang diorang tercabar kot.
tapi betul kot.

KPOP just for Korean.
xde diorang panggil KPOP untuk Japanese
japan pon ader POP diorang sendiri
JPOP a.k.a japan Pop...

baru je kutuk belum agi group ni kuar kat umum.
pastu dah tukar mane..
dari 24:7 jadi MAX 24:7
ade hati lak nak amik name Max Changmin TVXQ lak..
ih2 diorang ni x reti bahasa ke?
org suruh bubar la...
buat malu industri yg ada sekarang je...


sory ar,,bg aku diorang ni bukan MPOP tapi GPOP...
hehehehhe..
ape tu?
for MAX 24:7 atau best lagi MAki 24jam 7hari..
lu pikir la sendiri..
jgn ingat korang dapat hidup la dgn copycat camni..
 

Thursday, April 21, 2011

Testing..testing…


Ape yang testing??
Biasanya aku just guna Word time nak wat document jer..
Arini aku try guna Word untuk blog post…hahah
Maklum la dulu pakai Office 2010..sempat la explore skit…
Ni dah jatuh standard pakai 2007 terpaksa la explore balik…
Tp best cam 2010..
Coz 2010 leh buat bnyak function..siap ada example for resume agi…
Xyah susah nak cari format resume..dah ade semua…
Tapi sekarang terpaksa la bersusah balik….
Satu jer yang ada kat Word 2007 yang aku jumpe ialah Blog post…
Xper ni first try lau best okey la jugak….
Upload gambar skit..huhuhu

Wednesday, March 23, 2011

real or not??

just curious....this is real park jung min or fan account...
lately..aku ada jugak tengok kim hyun joon official...
die punya ke??? tertanya-tanya lak....
pastu aku ada tengok..kim kyu jong punya la....
erm betul ke diorang punya...
if betul la diorang yang punya..memenag aku agak bangga jugak..
coz aku friend ngan diorang..hehheh...
xde la bangga sangat pon..tapi hepi la....
and ni lah bukti aku dah friend ngan Jung Min....huhu...

click to enlarge

aku explore skit akaun ni...yes he is Park Jung Min...
The real Park Jung Min.....aaarhhh....
i'm have a not direct talk with him....so hepi....!

click for enlarge image

click to enlarge image
 huhu...my hepi day...thank jung min..
before this u never reply my question in twitter..
but today i can chat with u...chongmal kamsamida...

Tuesday, March 22, 2011

one love by Acel Bica

another video...not bad...
hehheh...when all my friend is busy to study..
but not me...i am enjoy surfing internet..
and i'm enjoy watch video in utube...
such a stupid girl..hheheh...
what can i do????
i dont have mood to study now..
so enjoy first..hheheh....
enjoy with this video k...




comment:: cute..kesian and enjoy....our baby is always in Triple s heart..so one love from me to u...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...