Showing posts with label iLuvIslam. Show all posts
Showing posts with label iLuvIslam. Show all posts

Thursday, April 25, 2013

andai lelaki tahu..

 
 
Wahai semua lelaki jom selami hati wanita...
andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu jatuh cinta,
 lelaki itu tidak semestinya punya segalanya 
tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya.

andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu mengalirkan air mata, 
itu bukan bermakna dia lemah tapi dia 
sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.




andai lelaki tahu...
apabila seorang perempuan cepat marah,
 dia memang tidak mampu mengawal perasaannya.
 tapi percayalah itulah maknanya dia sangat mengambil berat 
dan menyayangi lelaki itu. 
lihat sahaja pasangan yang baru  bercinta, 
mereka jarang bergaduh. tetapi percayalah 
 semakin bertambah sayang mereka pasa seseorang, 
semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku.

andai lelaki tahu...
apabila seseorang perempuan itu banyak bercakap,
 dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
 tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

andai lelaki tahu...
seorang perempuan itu berkata dia mahu anda berubah, 
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya. 
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, 
bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan anda

andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu cemburu 
dan tidak percayakan anda itu 
bukan bermakna  dia tidak sayang..
sebaliknyaa dia terlalu sayangkan anda 
dan masih menganggap anda seperti anak kecil yang perlukan perhatian.
 kadang-kadang dia terlalu risau 
sekiranya terlalu percaya, 
anda akan mengkhianati lepercayaan yang diberi.
 naluri keibuannya kuat. 
dia hanya  mahukan yang terbaik untuk anda.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu merajuk, 
jangan kata dia mengada-ngada. 
dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
 atau hadiah sedozen, 
tetapi cukup dengan perhatian 
yang boleh buat perempuan rasa dirinya dihargai..

andai lelaki tahu..
apabila perempuan jarang mengatakan ' I love You,' 
itu tudak bermakna dia tidak mencintai 
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, 
bukan hanya dengan kata-kata 
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya..


andai lelaki tahu..
apabila perempuan kata dia rindu pada kamu, 
dia benar-benar maksudkannya. apabila berjauhan, 
bayangan kamu akan sentiasa bermain di mata.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik daripada diri kamu,
 jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya menguji kamu. 
dia mahu melihat bagaimana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
walaupun sememangnya kamulah yang terbaik di hatinya. 
selagi dia dengan kamu, 
percayalah, walaupun perempuan masih menganggap ramai lagi yang lebih baik dimatanya, 
tetapi dihatinya kamu tetap yang terbaik.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu menjadi degil, 
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil 
tapi dia mahu melihat sejauh mana kamu mampu bersabar dengan kerenahnya. 
percayalah hati perempuan itu sangat lembut. 
andai kena caranya, 
jangan terkejut kalau dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu berkata 
"tolong tinggalkan saya". 
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. 
dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
 apabila dia kembali tenang, 
percayalah dia akan mencari anda semula. 
itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. 
perempuan memang sukar mengawal perasaan. 
dia terlalu emosional. 
tapi dialah yang paling menyayangi anda 
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

andai lelaki tahu...
sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan 
itu dengan perbezaan yang tersendiri. tetapi 
sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
  perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. 
disebalik air matanya, tersimpan seribu kekuatan 
yang bakal menjadikan seseorang lelaki itu selamat bersamanya. 
biarpun perempuan itu tampak lemah 
tapi dia punya kekuatan sendiri yang bisa mengoncangkan dunia 
dan mungkin bisa pula membuat lelaki lemah kerananya..

jadi 
hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda 
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja 
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda 
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. 
dialah yang bakal menjadi perempuan 
bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda..

credit to : Dia Azreen


 

Friday, May 04, 2012

Jodoh Itu Rahsia Allah


i_miss_u


aku belajar dari kesilapan masa lalu ku...
silap ku kerana terlalu mencintai dirinya...

lalu..

aku belajar untuk tidak terlalu mengharap..
aku belajar untuk tidak terlalu memberi..
aku berlajar untuk tidak terlalu menerima..
aku berlajar untuk tidak terlalu mempercayai..

dan kini..

aku terus belajar
aku belajar untuk terima kekurangan nya..
aku belajar untuk terima dia seadanya..
aku belajar untuk memahami dirinya..
aku belajar untuk setia padanya..

tapi...

satu perkara yg harus aku belajar...
wajib untuk aku mempercayai nya..
 
"Jodoh Itu Rahsia Allah"
 
lalu aku mengingatkan diriku bahawa..
 
"Jika Allah tidak menulis jodoh awk dgn saya, buat la mcm mana pn
jodoh awk tetap bkn dgn
saya ”




p/s: sekadar hiasan...

Saturday, March 17, 2012

Oh Tafsiran Hati~


gambar mampu mennafsirkan hatiku saat ni…
pedih terluka mengenangkanmu…oleh itu khas buatmu….

iman

Mencintai dan dicintai merupakan suatu kemestian bagi setiap insan..
Kenangan manis mahu pun sejarah hitam begitu asyik berputar menenggelamkan prinsip "bercinta selepas nikah". Bukan mudah diusir. Bukan mudah melupakan. Hanya Allah yang Maha Tahu betapa sengsara dan laranya hati menanggung seksa keseorangan.
“untuk dia, tolong aku..jangan pernah datang kepada ku hanya untuk menyakiti hati aku yang lemah ni… cukuplah apa yang aku rasa sekarang…jangan tambah lagi kedukaan hati ini.. Pergilah kamu dari hidupku dan jangan kembali lagi..”

lepaskan

"Jika cintamu benar, kamu akan mentaatiNya kerana seseorang yang mencintai sesuatu sanggup mentaati sesuatu. "

Mempunyai lelaki idaman ialah sesuatu yang pasti, tetapi kita takkan pernah tahu cinta kita pada siapa...jangan membataskan diri dan mengabaikan orang yang mencintai kita sepenuh hati hanya kerana dia tidak menepati ciri yang kita inginkan...love what you have dan live for it...=)

Sunday, February 05, 2012

Apakah terlarang bercinta sebelum kahwin?

petikan drp Sinar Harian (6jan2012)..
oleh :: DR.ASRI 




Berciuman dan berpelukan cinta berahi antara pasangan di tepi jalan ataupun di khalayak ramai adalah perkara biasa di dunia Barat. Hidup bagaikan suami isteri tanpa kahwin adalah fenomena yang tidak asing. Sehingga dalam banyak jemputan, dijemput bersama spouses and partners. Memiliki anak tanpa perkahwinan bukanlah sesuatu yang ganjil. Sekalipun ini semua bukanlah budaya asal masyarakat Barat, tetapi trend hidup moden yang disuburkan oleh pelbagai faktor telah meruntuhkan banyak nilai-nilai tradisi yang pernah ada dalam masyarakat mereka dahulu. Ini termasuklah faktor eksploitasi naluri cinta dan seks oleh para pemodal; penerbit majalah, filem, ubat dan pelbagai lagi.

Apakah cinta itu seks? Apakah seks itu cinta? Perkataan cinta agak abstract. Ia boleh dipadankan kepada banyak perkara; cinta ALLAH, cinta keluarga, cinta negara, cinta seni dan selainnya. Cinta ertinya kasih, sayang dan ingin bersama. Dalam konteks lelaki dan wanita tentulah antara manifestasi cinta itu hubungan seks. Walaupun bukan semua yang melakukan seks itu bercinta, tapi seks itu utama dalam cinta pasangan. Maka ahli fekah pun mentakrifkan nikah itu sebagai akad yang menghalalkan persetubuhan. Suami yang tidak mampu melakukan seks boleh dipisahkan perkahwinan. Seks tidak keji, bahkan ia mendapat pahala jika mengikut peraturannya.

Cinta pasangan mendambakan seks; itu benar. Persoalannya; keinginan untuk melakukan seks semasa bila? Jika mengidamnya sebelum kahwin, itu salah. Jika mengidamnya selepas kahwin, itu pahala. Cinta atau kasih, bercinta atau berkasih sayang antara lelaki dan wanita yang ingin hidup bersama, itu normal. Cuma yang rumit, bagaimana mengawal dan menguruskan cinta.

Cinta dalam sejarahnya telah memeriahkan banyak kehidupan. Melahirkan banyak ungkapan indah puisi dan lagu. Ungkapan cinta dipetik dari zaman ke zaman. Ia dikongsi oleh hampir kesemua insan melainkan yang kontang fitrahnya. Dari Qais sehingga ke Celine Dion; ungkapan indah cinta antara lelaki dan wanita diulang-ulang oleh manusia. Ia sejagat. Ramai yang dah tua yang mengharamkan cinta untuk generasi muda hari, mereka pun pernah bercinta zaman mudanya.


Anti-cinta

Melihat kerosakan masyarakat, maka ada yang ‘kuat agamanya’ menyalahkan cinta. Lantas, jatuh cinta kepada seseorang yang boleh dikahwini dianggap bagaikan satu dosa. Pasti jika seseorang yang kuat agamanya jatuh cinta, atau berbicara tentang cintanya itu dianggap sebagai sesuatu yang pelik dan telah hilang kekuatan iman.

Maka tidak pelik jika ada yang bertanya: apa hukum bercinta? Jika ada ustaz yang kata ‘haram, punca syaitan dan budaya Barat maka sempitlah perasaan golongan hangat bercinta khusus yang masih muda. Mungkin ada yang akan kata dalam dirinya: ‘nanti tua sikit baru boleh aku kuat agama’. Ini kerana susah dia hendak meninggalkan cinta kepada kekasih yang diidami sebagai isteri. Mungkin ada yang kuat agama terlajak akan berkata:

“Kahwin teruslah. Cinta hanya lepas kahwin”. Tapi, si anak muda ini belum bekerja, belum mampu menyediakan belanja sebagai suami. Jika meminang pun, tentu bapa pasangan membantah. Hanya yang ada setakat ini ‘cinta’. Sama Juga yang sedang bertunang belum nikah sebab hendak selesaikan urusan belajar ataupun selain. Dalam tempoh itu mereka bercinta pastinya. Berutus surat, email dan sms. Isinya menggambarkan cinta. Jika bercinta haram melainkan setelah kahwin, maka tentu mereka semua hambar.


Jatuh cinta

Jika kita teliti nas-nas Islam, tiada dalil yang ALLAH dan Rasul-NYA mengharamkan mencintai seseorang yang ingin kita jadikan pasangan hidup. Bahkan al-Quran mengiktiraf cinta tersebut. Ini kerana jatuh cinta antara jantina yang berbeza adalah fitnah manusia. Ia bukan diada-adakan. Ia arus yang mengalir dalam jiwa tanpa boleh dihalang. Lihat firman ALLAH mengenai lelaki yang jatuh cinta kepada janda yang masih dalam edah kematian suami: (maksudnya) “dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran) untuk meminang perempuan (yang dalam edah kematian suami), atau tentang kamu menyimpan dalam diri (keinginan berkahwin dengan mereka). ALLAH mengetahui bahawa kamu akan mengingati mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis edah yang ditetapkan itu. dan ketahuilah sesungguhnya ALLAH mengetahui apa yang ada dalam dada kamu, maka beringat-ingatlah, sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar”. (Surah al-Baqarah: 235)

Ayat di atas membicara larangan meminang wanita dalam edah kematian suami sebelum tamat edahnya. Ini kerana hukum edah mempunyai banyak maslahah termasuk membabitkan perasaan keluarga bekas suami. Namun Allah tetap tidak melarang sindiran yang mempunyai maksud ingin meminang, juga tidak salah keinginan yang tersimpan dan perasaan yang selalu teringatkannya. Itu semua tanda ‘jatuh cinta’. Cumanya, ALLAH memerintahkan agar mengikut peraturan yang ditetapkan.


Rayuan cinta

Bahkan Nabi SAW pernah bersimpati dengan Mughith bekas suami Barirah yang masih mencintai isterinya itu. Tangisan dan rayuan cintanya mendapat simpati Nabi SAW. Dalam riwayat al-Bukhari daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas, katanya: “Bahawa suami Barirah adalah seorang hamba bernama Mughith. Aku seakan masih terbayang dia mengikuti Barirah dari belakang serta menangis sehingga air matanya mengalir atas janggutnya. Nabi SAW berkata kepada ‘Abbas: “Wahai ‘Abbas, tidakkah kau hairan melihat cintanya Mughith kepada Barirah dan bencinya Barirah kepada Mughith?”. Lalu Nabi SAW berkata (kepada Barirah): “Tidak mahu kah jika engkau kembali kepadanya”. Barirah berkata: “Apakah engkau memerintahkanku?”. Nabi s.a.w bersabda: “Aku hanya mencadangkan”. Kata Barirah: “Aku tidak memerlukan dia”.

Nabi SAW tidak melarang Mughith membuat rayuan cinta, bahkan bersimpati dan cuba memujuk Barirah. Namun Barirah enggan, maka tiada paksaan dalam cinta. Apakah kita pula menghalang puisi dan lagu cinta yang beradab yang ditujukan kepada seseorang kerana ingin memperisterikannya?


Dua kekasih

Nabi SAW tidak pernah membantah orang bercinta, sebaliknya cuba memastikan pasangan yang bercinta berakhir dengan perkahwinan. Seorang gadis yatim dipinang oleh dua orang lelaki. Seorang miskin dan seorang lagi kaya. Si gadis memilih yang miskin sedangkan penjaganya memilih yang kaya. Apabila hal ini diberitahu kepada Nabi SAW, baginda bersabda: “Aku tidak melihat (penawar) untuk dua orang yang bercinta seperti nikah” (riwayat al-Baihaqi dan Ibn Majah, sahih).

Kata al-Imam al-Munawi (meninggal) mengulas hadis ini: “Maksudnya ubat paling berkesan yang dapat merawati kerinduan ialah nikah. Ia adalah penawar yang tiada gantiannya jika ada jalan untuk mendapatkannya” (al-Taisir bi Syarh al-Jami’ al-Saghir, 2/584, Riyadh: Maktab al-Imam al-Syaifii’).

 Justeru itu, Nabi SAW memberikan pilihan untuk isteri memutuskan perkahwinan yang berlaku atas perasaan benci. “Seorang gadis dara datang kepada Nabi SAW memberitahu bahawa bapanya mengahwinkannya sedangkan dia tidak suka. Maka, Nabi SAW memberikan pilihan kepadanya (sama ada untuk meneruskan atau menolaknya) (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah , dinilai sahih oleh al-Albani).


Haram

Menyimpan rasa cinta antara lelaki dan perempuan tidaklah dilarang dalam agama ini. Di samping ia boleh berlaku di luar kawalan insan, ia adalah fitnah antara lelaki dan perempuan. Ia tidak songsang. Melafazkan rasa cinta seperti Mughith ungkapan kepada Barirah juga tidak dilarang. Bercinta seperti gadis yatim itu juga tidak dilarang. Puisi dan lagu cinta yang sopan juga tidak dilarang. Jadi apa yang dilarang?

Hanya yang dilarang adalah perbuatan zina. Kedua, -walaupun dosanya tidak seperti zina- perbuatan yang mendekati zina. Adapun bercinta yang masih mempunyai jarak antara antara lelaki dan wanita adalah fitrah insaniah. Menghalang fitrah itu boleh memberikan kesan yang buruk dalam jiwa manusia. Inilah juga yang boleh membawa kecenderungan seks sejenis kerana fitnah asal telah disekat. Jika itu berkembang dalam diri seseorang ia menjadi penyakit yang memusnahkan fitrah asalnya.

Islam tidak sempit. Ia tidak menghalang fitrah. Cinta yang membawa kepada perkahwinan adalah satu kebaikan. Jadi, jangan kata Islam mengharamkan perasaan cinta antara lelaki dan wanita. Katakanlah Islam mengharamkan zina dan mendekati zina!

Friday, December 09, 2011

kenali diri kamu disini.....

 




today birthday minho...so aku nak share artikel ni untuk semua orang
masa ni la nak kenal diri sendiri....
 lau betul kita sama2 baiki kesalahan kita k.
jadikan panduan untuk perbetulkan kesalah diri
xde la nanti semua kawan2 dah jauh baru kita nak sedar.
so amik la masa untuk baca dan baiki diri sendiri..


DOG ---->
January 01 – 09
April 01 – 03
June 15 – 20
July 10 – 15
September 28 – 30
December 01 – 16

MOUSE --->
January 10 – 24
March 16 – 23
April 15 – 26
June 01 – 03
July 01 – 09
August 16 - 25

LION--->
January 25 - 31
March 13 - 15
May 22 - 31
November 01 - 16

CAT--->
February 01 - 05
March 24 - 31
June 25 - 30
July 27 - 31
September 15 - 27
November 17 - 30

DOVE--->
February 06 - 14
May 14 - 21
July 16 - 26
September 01 - 14
December 26 - 31

TURTLE--->
February 15 - 21
April 27 - 30
June 04 - 14
August 26 - 31
October 16 - 27

PANTHER--->
February 22 - 28
April 04 - 14
October 28 - 31

MONKEY--->
March 01 - 12
May 01 - 13
June 21 - 24 
August 01 - 15
October 01 - 15
December 17 - 25

If you are a Dog :
A very loyal and sweet person. Your loyalty can never be doubted. You are quite honest and sincere when it comes to your attitude towards working. You are a very simple person, indeed. Absolutely hassle free, humble and down-to-earth!! That explains the reason why your friends cling on to you! You have a good taste for clothes. If your wardrobe is not updated with what is trendy, you sure are depressed. Popular and easy-going. You have a little group of dignified friends, all of them being quality-personified.

If you are a Mouse :
Always up to some sort of a mischief! The mischievous gleam in your eyes is what makes you so cute and attractive to everyone. You are an extremely fun-to-be-with kind of person. No wonder people seek for your company and look forward to include you for all get-together's. However, you are sensitive which is a drawback. People need to select their words while talking to you. If someone tries to fiddle around and play with words while dealing with you, it is enough to invite your wrath. God bless the person then!

If you are a Lion :
Quite contradictory to your name, you are a peace loving person. You best try to avoid a situation wherein you are required to fight. An outdoor person, you dislike sitting at one place for a long duration. Popular and easy-going. You are a born leader, and have it in you how to tactfully derive work from people. People love the way you always treat them. You love being loved, and when you receive your share of limelight from someone, you are all theirs!!!!

If you are a Cat :
An extremely lovable, adorable person, sometimes shy, with a passion for quick wit. At times, you prefer quietness. You love exploring various things and going into depth of each thing. Under normal circumstances you're cool but when given a reason to, you are like a volcano waiting to erupt. You're a fashion bird. People look forward to you as an icon associated with fashion. Basically, you mingle along freely but don't like talking much to strangers. People feel very easy in your company. You observe care in choosing your friends.

If you are a Turtle :
You are near to perfect and nice at heart. The examples of your kindness are always circulated in groups of people. You, too, love peace. You wouldn't like to retaliate even to a person who is in the wrong. You are loved due to this. You do not wish to talk behind one's back. People love the way you always treat them. You can give, give and give love, and the best part is that you do not expect it back in return. You are generous enough. Seeing things in a practical light is what remains the best trait of you guys.
If you are a Dove :
You symbolize a very happy-go-lucky approach in life. Whatever the surroundings may be, grim or cheerful, you remain unaffected. In fact, you spread cheer wherever you go. You are the leader of your group of friends and good at consoling people in their times of need. You dislike hypocrisy and tend to shirk away from hypocrites. They can never be in your good books, no matter what. You are very methodical and organized in your work. No amount of mess, hence, can ever encompass you. Beware, it is easy for you to fall in love....
If you are a Panther :
You are mysterious. You are someone who can handle pressure with ease, and can handle any atmosphere without going berserk. You can be mean at times, and love to gossip with your selected group. Very prim and proper. You like all situations and things to be in the way you desire, which, sometimes is not possible. As a result, you may lose out in some relationships. But otherwise, you love to help people out from difficult and tight spots when they really need you.
If you are a Monkey :
Very impatient and hyper!!! You want things to be done as quick as possible. At heart, you are quite simple and love if you are the center of attraction. That way, you people are unique. You would like to keep yourself safe from all the angles. Shall your name be dragged or featured in any sort of a controversy, you then go all panicky. Therefore, you take your precautions from the very beginning. When you foresee anything wrong, your sixth sense is what saves you from falling in traps. Quite a money minded bunch you people

p/s:: suka baca ni..tp susah nk terima hakikat
ini aku..arghhh......

Sunday, November 13, 2011

Renungan Bersama...

 
 


Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwuduklah kamu sebelum kamu diwudukkan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yg serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun org yg hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakan solat jenazah
Dengan 4 kali takbir dan 1 salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sbg memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah 4 kali takbir itu dpt menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat jenazah yg tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yg telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum dirimu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tdk berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dgn panggilan 'Izrail yg menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna utk yg tinggal
Bukan yg pergi
Beristigfarlah kamu sebelum kamu diistigfarkan
Namun ketika itu istigfar tdk menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dgn langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yg terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yg tdk bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yg mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yg tdk bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak petok itik tak sudu
Tapi ALLAH mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan utk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solah'
Dgn penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jln kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yg kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jln
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna
Harta, takhta dan putera
isteri,kad kredit dan kereta
kondominium, saham dan niaga
KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA......clip_image001

Saturday, April 30, 2011

Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?


 
07042011_200_200

Terkadang kita terfikir :
..............................
Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?

Teman sekerja yang tak 'ngam'?

Kawan - kawan sekolah atau universiti 
yang tidak boleh nak buat geng study? 

Housemate yang menyakitkan hati 
(sebab tak pandai membasuh pinggan, 
bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, 
dan sebagainya) ?

Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi? 

Atau mungkin juga adik beradik
keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?


Kerana hakikatnya, 
kita akan bertemu dengan ramainya manusia
yang menjengkelkan hati kita,
dan sangat sukar untuk kita bersama 
dengan mereka.

Pelbagai ragam dan karenah manusia 
yang  dapat kita temui di dunia ini.

Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....


 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]
 
Untuk lita'arafu..
  Untuk berkenalan. 
Untuk mengetahui, memakna manusia lain.
 Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, 
mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.
Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa 
tanpa membeza-bezakan manusia lain.
 Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang
tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.
Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar 
dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, 
apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.
Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, 
satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..
Dan kita bertanya, 
mengapa diri kita dan dia, 
begitu jauh sekali?
Di situlah, kita kena sentiasa berusaha 
untuk mencari titik persamaan...

Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.

Takkan!
Kerana Allah telah menakdirkan 
setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.
Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, 
merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.
Dan setiap manusia yang kita temui itu, 
tentu memberikan makna sesuatu pada kita.
Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.
Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' 
itu sendiri banyak mengajar kita: 
'akan kekurangan diri kita sendiri.'
 
Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur 
daripada seorang sahabat sejati, 
yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.
 
Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,
Untuk kita belajar sesuatu darinya. 
Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... 

semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian 
untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.
Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan 
akan banyak berlaku perkelahian,
salah faham dan ketidak seragaman.
Namun masa akan mengambil alih,
memberi peluang makna kefahaman 
masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.

Kerana kita pada hakikatnya, 
punya hati yang satu, matlamat yang satu,
dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.
Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat 
selain dari Allah?
Kerana itu, di setiap perselisihan,
mahupun ke tidak serasian, 
kembalilah semula kepada apa 
yang akan dapat menyatukan kita.
Itulah dia Allah.
 
Kerana dihitung perbezaan-bezaan, 
memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.
Namun, those does not matter, 
sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.
And He Knows best.
Wallahua'lam.
Bersabar, dan teruslah berdoa. 

Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, 
jika kita benar-benar yakin akan Dia..

artikel ni di petik dari laman web iLuvIslam….cuma nak kongsi bersama…dan dalami bersama….ingatlah bahawa kita tak pernah bertemu dengan org yang salah….

Monday, January 17, 2011

renungan..

~♥ Kita b'jumpa kerana Takdir,
Kita b'kawan kerana Kasih Sayang,
Kita b'sama kerana Hati,
Kita b'pisah kerana Cita-cita,
Kita kekal kerana kuatnya Ukhwah,
...Kita b'gaduh kerana harga satu Ikatan,
Tapi yg paling penting semuanya kerana Allah...

Bukan mudah utk b'kawan,
Bukan mudah utk kekalkan,
Bukan mudah utk teruskan,
Bukan mudah sehingga sekarang,
Semuanya hanya kerana Allah,
Tanpa Dia tak mungkin skrg t'jadi ♥ ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...