just noted that i get..somebody give "back" to me...
well something unexpected..but nice to share..
Jom layan~~
1- Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan
alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.
2 -
Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak
peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi
impiannya.
3 - Orang yang mencintai
kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu
yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah
bertambah.
4 - Orang yang mencintai
kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari
ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5 -
Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,
'Selamat Hari Minggu’ , ‘Selamat Tidur’ , ‘Take Care’ , dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS
itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,
bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6
- Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis
yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan
selamat atau mengirim SMS.
7 - Orang
yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui
bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah
melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan
saat itu, matanya pasti berkaca kerana saat bersamamu itu tidak bisa
berulang selalu.
8 - Orang yang
mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan,
bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya.
kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata
penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan?
pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9
- Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran
kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa
kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati
kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
10
- Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau
batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk
bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli
tentang kamu.
11 - Jika kamu
mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu
berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’
untuk memberi semangat kepada kamu.
12
- Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang
mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang
itu sangat istimewa.
13 - Orang yang
mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon
dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia
merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14 - Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15
- Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa
memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh
membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar
takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’
16 - Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17
- Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL
seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu
di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang
memikirkan kamu.
18 - Orang yang
mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang
membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu
membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya
lagi.
19 - Jika kamu memintanya untuk
mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang
yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu
kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau
sesukar mana permintaan mu.
20 -
Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi
sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu
walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia
juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian
kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21
- Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi
menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,
walaupun hal itu membunuh hatinya.
22
- Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan
dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari
orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23
- Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya
sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia
tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia
berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar
mengerti apa itu cinta.
so, jangan la mengecewakan orang yang mencintai anda...andai dia kecewa belum tentu anda akan dapat balik orang yang sama. sekali ia terusik tidak mampu akan kembali lagi..kan..~ ceh ayat tak leh blah..hahahha..