Monday, April 24, 2017

Tersurat dan Tersirat


ape maksud tersurat??

Menurut Dewan Bahasa & Pustaka, ‘tersurat’ bermaksud telah ditulis, tertulis, tercatat atau juga sudah ditakdirkan, telah ditakdirkan.

jadi,

tersurat yang ingin aku tekankan disini
tersurat
kau bukan milik aku..
tersurat
aku hanya persinggahan

manakala

tersirat pula bermaksud terkandung atau tersembunyi, tersimpan
di mana contoh ayat : Tiada sesiapa yang tahu akan apa apa yang tersirat dalam hati aku.

yap,

tiada siapa tahu apa yang tersirat dalam hati ini
bukan niat aku nak hadir dalam hidup kau
bukan juga niat aku untuk hadirkan kau dalam hidup aku

sungai itu kalau kita halang macam mana sekali pon laluan asalnya, ia akan tetap mengalir untuk mencari jalan yang lain dan akan terus mengalir tanpa henti.

tu sungai.. air dicincang tak akan putus.

tapi hubungan boleh terputus. walaupon tidak baik memutuskan suatu perhubungan. namun andai itu yang terbaik untuk semua. kenapa tidak kita lakukan.

maaf kerana aku terpaksa.. cukup disini.. 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...