Showing posts with label My Life. Show all posts
Showing posts with label My Life. Show all posts

Thursday, February 11, 2021




not friends, not enemies 
but
just strangers with memories.






#missingmemories



Wednesday, March 06, 2019

Rapuh


Aku ingat aku kuat
Tapi hakikat
Aku rapuh.
Aku perlu menerima
Kehilangan kau 
Membawa separuh jiwa ku
Semoga aku tabah dan kuat hadapi
Aku xcukup kuat
Tapi aku usaha. 
Maafkan andai mengganggu mu
Lost focus. 
Deep 

Need u.😔



Sunday, March 03, 2019

Take it or Leave it...




cinta, mencintai
sayang, menyayangi
kasih, mengasihi..
aku tak pernah terfikir semua ni akan datang balik pada aku,
selama ini aku cukup bangga dengan sayang keluarga aku,
jadi aku xperlu semua ni lagi..
tapi akhirnya aku kecundang lagi,
kali ni ….

Blacknight, awak sebaik-baik manusia yang pernah aku jumpe tapi aku buang camtu je sebab ego aku.
Mr.blacknight time kasih sebab ajar aku untuk hargai orang lain.

A, awak adalah sebaik2 manusia, seindah ciptaan Allah untuk aku kenal dan mendalami. tapi sayang ada benteng antara kami.
aku tak pernah berada dalam dunia tarik tali yang paling lama.. awak satu-satunya buat saya mampu bertahan hampir 3tahun, saya tak pernah sayang orang sebagaimana saya sayang awak. tapi masih jugak tak cukup untuk awak kan.. silap sebab saya hadir lambat dalam hidup awak. dan silap sebab sy bertahan untuk kita. seharus dari awal lagi saya hilangkan.. maafkan saya.

sejujurnya, saya sayang awak sangat2 tapi saya kena sedar hakikat tahap saya kat mana je.
saya sedar yang saya memang tak layak pon untuk awk walau sikit. awak pasti marah kalau awak baca ni. tapi ye, saya dah tak sanggup nak hadap semua. cukup la sampai sini..

kejamkan saya.. sekejam manusia yang pernah awak jumpe. saya mintak maaf sejujurnya saya sudah putus asa dan xda daya nk bertahan lagi.. saya akan jadi seteruk2 manusia untuk awak,, untuk sakitkan hati awak untuk kecewa kan awak. sebagaimana yang awak tengok keadaaan sekarang. semua hancur tunggu berkecai.

anggap jer tiada jodoh anta kita. mungkin awak bukan untuk saya. dan saya bukan untuk awak.

mungkin benar kata-kata dari mak awak,,

perkenalan kita berdua hanya ujian dari Allah, perasaan sayang antara saya dan awak tu hanya sekadar sayang yang tak bermaksud kita kan berakhir sama. sayang tu mungkin hanya sekadar kawan yg terbaik. **noted**


mungkin jugak benar kata2 mak saya.

saya hanya persinggahan untuk awak gembirakan hati awak yang kecewa. tak per saya xkisah dah saya halalkn klu betul semua ni. saya sedar sape je saya dan saya mintak maaf sebab saya bukan yang terbaik untuk awak.

bukan saya tak nak terus berjuang. tapi hari demi hari saya tak nampak jalan dah. semakin tertutup dah jalan tu.

dan saya da nampak ada sinar dalam kehidupan awak sekarang walau tanpa saya. jadi saya harap awk teruskn bersinar. sebab saya bukan bintang yang awak cari da. bintang tu dah ada depan mata awak sekarang cuma tinggal masa untuk awak terus lap kan bagi die terus bersinar.

maaf sebab saya sendiri pon kecewa dengan diri saya. dan saya menyesal sebab saya pernah muncul dalam kehidupan awak… sesungguhnya saya manusai yang xlayak ada dalam kehidupan awak.

sebagai sampah, saya semakin sedar tahap saya kat mane. saya terima dengan hati terbuka.

sebagai betina, saya tahu saya salah tapi sape awak nk hukum saya smpai macam ni. sayan masih ada maruah diri, dah saya terluka.

this girl slowly adapts to leave you. forgive her for all the madness she makes. and forgive her for leaving this world. this girl already starts to move on.




Saturday, August 18, 2018

Untuk Seketika



terima kasih
untuk seketika.
mengajar aku penuh makna
makna dalam kehidupan
makna satu kebahagiaan
makna satu kesedihan
makna satu perpisahan
dari sini aku belajar satu erti
erti pengorbanan
semua bercampur jadi satu

untuk seketika?
 mungkin juga
untuk selama-lamanya
maafkan aku andai ini terlalu mendadak
tapi ini satu2nya masa yang ada
andai bukan sekarang
bila lagi akan di mulakan

langkah ini terlalu drastik
tapi cukup untuk semuanya
supaya tiada lagi hati terluka akan datang

aku mungkin kejam dalam semua ni
kejam kerana menutup peluang
menuntut bela
mencari punca
menyatu kan kita
tapi mungkin ada yang terlupa
bahawa aku juga menjadi mangsa
mangsa keegoan diri aku sendiri
mangsa kepentingan diri sendiri.

maafkan aku kerana tidak mengawal diri
maafkan aku kerana tidak mengawal diri
maafkan aku kerana hadirkan diri
maafkan aku kerana menerima ini
maafkan aku kerana hidup di dunia ini

 doakan aku
moga mampu melepaskan
moga mampu melupakan
moga mampu tabah
moga terus tabah




untuk seketika..
my time stop.
because u're my time
thanks for being my colour of mylife.

Monday, May 29, 2017

Terluka.. yes it is…


why did I allow that feel come again?
why can I fight to close it..
untuk seketika..aku bahagia
tapi aku terlupa
kebahagian yang aku ciptakan tu
di atas kesedihan org lain
maaf kerana aku terlalu pentingkan diri
maaf kerana aku terlalu mengikut kata hati..
kau, someone who I can never have
aku sanggup pergi
andai itu aku perlu lakukan..
not andai ..tapi aku harus
aku sakit… pedih ..perit
aku kecewa ngan diri aku..
kenapa aku jadi begitu bodoh
bila berdepan ngan hati dan perasaan.
aku sayang kau..
tapi sayang ini terlalu perit untuk aku pertahankan
follow the flow..
but I think the flow is against us.
damn it hurt..



Sunday, April 23, 2017

This is why she blocked you


It’s taken her longer than it should have but her heart finally had enough of the pain she was holding on to. Her heart finally told her it was time to stop clinging on to you because you weren’t coming back.

This is why she blocked you. She blocked because she didn’t want to be reminded of your flashy smile when she wasn’t in your life anymore. She blocked you because she didn’t want to be reminded of your smile and of your sunshine when all she felt was thunder.

She blocked you because she felt too much and too little all at once. She blocked you because she didn’t want to feel the sharp pain in her heart when she was reminded of your daily activities. She didn’t want to feel the pain of knowing you were in a better place without her.
She blocked you because she couldn’t bear to see your shining eyes. Your smiling cheeks. Your genuine heart. Your symphony. Your deep laugh. Your stunning soul.

 She needed to stand up instead of shatter. She had to become stronger. 
Stronger for herself, not for you.



She blocked you for herself.

She stopped holding on to you, punishing herself for your mistakes and actions. She finally stopped everything relating  to you. She finally decided to stop feeling guilty over the fact that she couldn’t change you and she couldn’t make you stay. She finally turned off her playlist of sad songs and realized it was time to let it all go.

She blocked you because she is stronger without you in her life. She blocked you because she didn’t need you anymore. She didn’t need your roots, because she decided to grow on her own.

She blocked you because realized your love wasn’t true. That your heart wasn’t in it for the right reasons. And she couldn’t stand to see you, to hear you and to talk to you. She blocked you because she finally realized that you were toxic. That you were never what she needed or wanted.

She blocked you because she had enough.

You were never going to be a different person. The kind of person that cared. The kind of person that was kind, that was genuine. She blocked you because you were never going to be who she truly needed in her life to lift her up.

She blocked you because she didn’t need you anymore. 
She had herself. And for once, that was enough. She was enough without you. 



Falling in love with you was not a choice. it just happened.
She stopped loving you today and finally let herself go.


#thoughtcatalog

Sunday, May 17, 2015

Kenali aku ...

"Kata ibarat 
Pedang yg tajam
Yg bisa mebunuh lawan
Kata kata yang penuh hikmat
menyedarkan kita
Kata madah pujangga
Bisa mjadi pedoman manusia
Jaga bahasa kata
kita jgn salah diguna
Terlajak perhu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak kata hilang percaya."


Bicara Kata oleh In-Team


Kenapa tetiba?
Mungkin kerana aku
Tersilap berbicara
Mungkin kau sedang terasa
Maafkan aku..
Andai kau terasa..
Hmm..
Benarlah kata pepatah.
"Terlajak kata buruk padahnya"
Aku selalu beringat
Tapi aku pon insan biasa
Kekadang *selalu* buat salah.
Aku faham.
Hanya orang yang kenal aku
Akan faham apa maksud aku

Tapi kau baru je perjumpaan kali ketiga 
Ermm..
Kalau kau terasa dan
Kutuk belakang aku terima je
Sebab aku tahu aku salah
Takpe aku maafkan kau
Tapi,
Tolong kenali aku dulu
Sebelum kau buat keputusan
Tu je aku minta
Kenali aku...
Barulah kau buat ape kau nak buat..

sorry ~~

Wednesday, February 04, 2015

Hati

Hati..
Susahkan nak jaga..
Lagi susah lau nak bersih,
Tapi takpe,
Suatu hari nanti semua kembali suci,
Dengan syarat kau patuhi,
Tinggalkan amalan yang boleh kotorkan ia,
Buatlah amal yang boleh bersihkan ia..

Hatiku..
Terluka lagi
Luka lama di toreh kembali
Entah bila ia akan pulih
Dengan satu harapan suci
Ku ingin kau kembali
Walau hakikat ku sedar
Engkau mungkin tidak kembali

Maafkan aku..
Melukakan mu..
Izinkan aku bertemu mu,
Walau hanya seketika,
Ku ingin ubati hatiku,
Terluka kerana kesalahan aku
Terhadap mu,
Maafkan aku..

Friday, May 30, 2014

Jangan kecewakan orang yang mencintaimu.. (by Mr.Blacknight1990)

 
 
just noted that i get..somebody give "back" to me...
well something unexpected..but nice to share..
Jom layan~~

1-  Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya. 

2 - Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya. 

3 - Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah. 

4 - Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu. 

5 - Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’, 'Selamat Hari Minggu’ , ‘Selamat Tidur’ , ‘Take Care’ , dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu. 

6 - Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7 - Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu. 

8 - Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu. 

9 - Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya. 

10 - Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu. 

11 - Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu. 

12 - Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa. 

13 - Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya. 

14 - Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu. 

15 - Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’ 

16 - Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih. 

17 - Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu. 

18 - Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi. 

19 - Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu. 

20 - Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya. 

21 - Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya. 

22 - Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu. 

23 - Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
 
so, jangan la mengecewakan orang yang mencintai anda...andai dia kecewa belum tentu anda akan dapat balik orang yang sama. sekali ia terusik tidak mampu akan kembali lagi..kan..~ ceh ayat tak leh blah..hahahha..



Sunday, May 25, 2014

Ariesa Merapu Again~

salam...
anneyong..
hello..
long time no see..long time no see..long time no see..long time no see...okay stop...dah cukup merapu ngan lagu Top oppa...jgn nk merosakkan lagi...

siapa sangka..topik hari ni...
ape yang x tersangka... haha..hanya yang menghadapi akan mengetahui... Ariesa seorang yang mudah terpengaruh dan mengada? ..Fatihah seorang yang lasak dan penting diri juga x terima pendapat orang. .hahah..orang sama tapi watak berbeza...boleh ke?? well dah biasa pon orang ckp cmtu accept jelah..haha.. but I'm still Fatihah.. the old fatihah and the annoyed one.. * I guess..bipolar disorder...selalu je kena ngan bebudak ni..tp redha jelah..nampak dgn terang dan nyata...haha..ayat pasrah giler... terima je..

second siapa sangka...yang mmg xtersangka dek akal cetek aku ni... yelah siapa sangka kan..menda yang kita lepaskan akhirnya balik kepada kita sendiri. .. what I mean is...the note.. follow hyperlink...rasa mcm x sanggup nak publish..biar die duk lam draft lama2 skit... bukan nak cari publisiti..but notes ni bukan aku yang reka pon..aku akan credit kat owner die.. Mr.Blacknight..cuma unexpected la kan.. rasanya macam terkena batang hidung sendiri..tapi nak buat macam mana...barang yang lepas usah dikenangkan balik..xde makna pon semua tu... bak kata ramli sarip ngan khatijah ibrahim
"yg dulu usah di rindu, hilangkanlah dari hatimu"

so kena hilangkan la...xleh pikir lebih...cuma satu je... kepada orang yang pernah bagi notes ni kat aku..aku harap sangat yang aku boleh beri proper explanation kat die...coz until today aku still rasa bersalah kat die...I wish.. aku masih orang sama...email, fb, twitter and phone number still sama..xde nk berubah pon..cuma bertambah je..hahaha...


p.s: Andai hatiku bersuara..=P

Thursday, February 13, 2014

My Story...

Salam 1Malaysia...
Chewaahh..hihi..
Ini kerana aku sudah menjejak kaki ke malaysia semula..haha..setelah setahun berlalu..huhu...nice beb...dah asyik panas sejuk je kat aussie...sekali dapat rasa suam2 punya cuaca sape x suka...tanah tumpah darahku ni...orang baca ayat aku tau aku ni berlagak..hahah...xdelah..I just write what I want to tell and what I feel..
Nothing special unless dapat duk depan tv ngan mak dan ayah..dapat makan semeja ngan diorang..dapat kuar makan2 kat luar..best sangat...
Walaupon kekadang perut ni dah kenyang tap sebab mak ajak teman die makan...memang x tolak ar...sbbnya lepas ni dah xde peluang ni...alamak lagi setahun akan dtang la...ermm..
The best part...adik aku kat kedah x balik..bikin wa panas je...die tu kembar aku..lau die xde..aku nak kenakan sape?? Adoii. ..semuanya keran die dah balik bfore aku balik ganu...skrg busy..pastu bila aku fly balik aussie..abag kat japan lak balik...xpuas hati tul la...spatutnya aku balik bln 6 nanti la...erm...I will...hahah...
Motif entry kali ni aku just nak share perasaan aku balik kampung jer...jujur aku gembira. ..

Sunday, November 03, 2013

Feel this moment!!




Sukar untuk percaya..
tapi  siapa sangka  hati keras ini pon terasa.
ini bermakna hati ini bukan hati batu.
Sekurang-kurangnya aku patut bersyukur kerana aku hanya kehilangan seorang.
Tapi yang datang ramai lagi.. 
aku dapat balik kawan yang hampir aku lupakan selama ini..
Time kasih aida,ucop,yen, aren N effa..
thanks sebab sudi dengar luahan hati aku tanpa kira masa.
U guys the best friend forever!!!


Aku berharap untuk kali ini yang aku akan tetap pendirian..
aku tak kan mungkin aku yang dulu. ..
Sudah cukup untuk aku kecewa...
Kali kedua dengan orang yang sama..
Cukup lah sampai disini
tak kan ader lagi perasaan itu untuk die..
The only thing I still remember are the part you hurt me..
The same way every time...
Thanks for that memory..



"I forgive, but never forget, because I never want to be hurt the same way twice"
(*should be third*) " 

really love this quote. 

fRom this time no more ur name in my memory..
ok fine jujur la ...ni la kali pertama aku rasa aku kejam giler...aku nak move on..aku tak nak stuck kat memory sama..aku tak nak ade ape-ape hubungan pon dgn die..so start 2.30am 3 NOVEMBER 2013..completely xxxxxxxx and also please go away from my life!! 
*terasa macam budak lak*
*erm*
*kira halal*

Saturday, October 26, 2013

In time..

"3 most painful things:
     trying to hide what you really feel,
         loving someone who loves another,
              and taking risk to fall in love again."



Time doesn't really heal a heart it just makes the heart forget about the pain..

Now,



Friday, October 25, 2013

Friends~

Assalamualaikum....

Again nothing special..
but just want to say that 
I follow him back...huhu
Just want to share my friend blog..
mostly all about himself..
but because of him..
I also motivate my self to write a blog also...

I just want to say this for him...




Hikayat Aieman 

Thursday, October 24, 2013

perlukan ada rasa RINDU?



kadang-kadang aku menjengah ke FB, membaca dan melihat status berulang kali tanpa jemu.
kadang-kadang aku menatap gambar, hampir tidak sedar sebak di hati.
kadang-kadang aku melilau melihat skrin handphone, bilakah ada mesej akan berkunjung?



aku sangat rindu. Rindu sangat-sangat. 
Tapi rinduku rindu tak terucap. rinduku hanya mampu berteriak di ruang hatiku.

aku tidak kuat!! aku bukan orang kuat!!

Aku insan lemah. punya perasaan. punya jiwa dan naluri. bukan mempunyai hati sekuat batu.
rasa itu amat mendalam. rasa itu membuat aku sakit. membuat fizikal aku derita. membuat aku hilang di dalam duniaku sendiri.
mampukah aku khabarkan kepadanya?
wahai angin, sampaikan rinduku padanya. khabarkan pada nya hati ini menyimpan perasaan rindu yang sarat..
tahukah dia?
ku pendam perasaan ini. ku simpan dalam sedalamnya perasaan ini. 
ku tutup hati in agar tidak terbuka untuk menerima kehadiran rasa itu.. 
namun hati ini tidak mampu menolak. rasa itu telah meracun diri dan merebak ke hati ini.

mengapakah kata rindu itu jiwang semata?
mengapakah rindu itu seksaan batin?
dan mengapa aku di belenggu rasa rindu?
maniskah menanggung beban rindu?
atau terseksa?
untuk ape semua ini?
  
kenangan terindah, mana mungkin tidak melahirkan getaran rindu. semua saat kita bersama.kau mengajar aku erti ketawa dan menangis bersama dan erti semuanya. .

walau aku jauh,
walau aku seorang,
walau aku sepi,
walau aku sedih,
walau aku sayu,

hati ini tetap diamuk rasa rindu. walau cuba bertarung. tapi aku tetap kalah ngan godaan rindu. walau aku keraskan hati ingin melupakan semua, rasa itu masih ada. 
siapalah aku untuk bertarung rasa dengan rasa ini.
hati ini tetap remuk di amuk rindu kenangan lalu.hakikatnya aku kalah dengan rasa sendiri.


layakkah aku punya rasa rindu?
layakkah aku khabarkan rindu pada kisah lalu?
layakkah aku mengulang cerita bahagia kembali?

atau

perlukah aku buang kisah kita dan mencipta hati plastik?

rasa dilema yang tidak mampu di buang dari hati seorang insan yang bernama 
P.E.R.E.M.P.U.A.N

dan perempuan itu adalah aku!



idea asal from  Being a Doctor For Ummah!


Tuesday, October 01, 2013

Derita Merindu by Ahli Fikir

L
Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan
Kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakanKau yang tak percaya
Bagaimana nak bahagia

P
Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

L
Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..

P
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Mungkinkah esok atau lusa walau biarpun lama
Akan ku biar tiada, ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah
Kaulah tanda tanya… kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya… kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula

L
Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan…
Aku masih terkilan

P
Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

L
Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu

P
Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

Thursday, April 25, 2013

andai lelaki tahu..

 
 
Wahai semua lelaki jom selami hati wanita...
andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu jatuh cinta,
 lelaki itu tidak semestinya punya segalanya 
tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya.

andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu mengalirkan air mata, 
itu bukan bermakna dia lemah tapi dia 
sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.




andai lelaki tahu...
apabila seorang perempuan cepat marah,
 dia memang tidak mampu mengawal perasaannya.
 tapi percayalah itulah maknanya dia sangat mengambil berat 
dan menyayangi lelaki itu. 
lihat sahaja pasangan yang baru  bercinta, 
mereka jarang bergaduh. tetapi percayalah 
 semakin bertambah sayang mereka pasa seseorang, 
semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku.

andai lelaki tahu...
apabila seseorang perempuan itu banyak bercakap,
 dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
 tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

andai lelaki tahu...
seorang perempuan itu berkata dia mahu anda berubah, 
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya. 
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, 
bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan anda

andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu cemburu 
dan tidak percayakan anda itu 
bukan bermakna  dia tidak sayang..
sebaliknyaa dia terlalu sayangkan anda 
dan masih menganggap anda seperti anak kecil yang perlukan perhatian.
 kadang-kadang dia terlalu risau 
sekiranya terlalu percaya, 
anda akan mengkhianati lepercayaan yang diberi.
 naluri keibuannya kuat. 
dia hanya  mahukan yang terbaik untuk anda.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu merajuk, 
jangan kata dia mengada-ngada. 
dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
 atau hadiah sedozen, 
tetapi cukup dengan perhatian 
yang boleh buat perempuan rasa dirinya dihargai..

andai lelaki tahu..
apabila perempuan jarang mengatakan ' I love You,' 
itu tudak bermakna dia tidak mencintai 
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, 
bukan hanya dengan kata-kata 
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya..


andai lelaki tahu..
apabila perempuan kata dia rindu pada kamu, 
dia benar-benar maksudkannya. apabila berjauhan, 
bayangan kamu akan sentiasa bermain di mata.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik daripada diri kamu,
 jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya menguji kamu. 
dia mahu melihat bagaimana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
walaupun sememangnya kamulah yang terbaik di hatinya. 
selagi dia dengan kamu, 
percayalah, walaupun perempuan masih menganggap ramai lagi yang lebih baik dimatanya, 
tetapi dihatinya kamu tetap yang terbaik.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu menjadi degil, 
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil 
tapi dia mahu melihat sejauh mana kamu mampu bersabar dengan kerenahnya. 
percayalah hati perempuan itu sangat lembut. 
andai kena caranya, 
jangan terkejut kalau dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu berkata 
"tolong tinggalkan saya". 
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. 
dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
 apabila dia kembali tenang, 
percayalah dia akan mencari anda semula. 
itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. 
perempuan memang sukar mengawal perasaan. 
dia terlalu emosional. 
tapi dialah yang paling menyayangi anda 
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

andai lelaki tahu...
sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan 
itu dengan perbezaan yang tersendiri. tetapi 
sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
  perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. 
disebalik air matanya, tersimpan seribu kekuatan 
yang bakal menjadikan seseorang lelaki itu selamat bersamanya. 
biarpun perempuan itu tampak lemah 
tapi dia punya kekuatan sendiri yang bisa mengoncangkan dunia 
dan mungkin bisa pula membuat lelaki lemah kerananya..

jadi 
hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda 
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja 
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda 
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. 
dialah yang bakal menjadi perempuan 
bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda..

credit to : Dia Azreen


 

Sunday, April 14, 2013

JuSt fOr yoU…



love story
 ~wink~

Saturday, February 23, 2013

Sambung study...


assalamualaikum...

alhamdullilah doa sebelum ni tercapai...skarang dah dapat sambung study...dapat plak course yang amat di minati...even jauh dari tananh tumpah darah ku..tapi okay la...hopely aku dpat skor kat sini...lepas habis study dapat plak kije...hopely semua berjalan lancar. .. btw lupa nak thanks kat MARA sebab bagi peluang untuk aku sambung study lam bidang ni..
satu lagi nk time kasih kat mak dan ayah sebab bg orang amik peluang belaja kat sini...pesanan mak ngan ayah orang xkan lupa la...doakan yang terbaik untuk orang k... lastly nak time kasih kat semua yang terlibat dlam urusan smbung belajar ni... felda travel ,GMi (miss fatihah..miss jammy) dan semua la...
Published with Blogger-droid v1.6.9

Thursday, October 04, 2012

Welcome to selangor....

Hello....
Welcome to selangor?
Erm...apa ada kat selangor ek??
Ada mr.M kat u----....hahaaha
What ever....dia ada or takde still sama...
Okay pagi tadi aku baru jer sampai kajang...
Semuanya kerana permohonan nk smbung belajar aku...
Erm..susah payah sampai ke KL nah nak sambung...
Orang lain x payah pon kan...
tp xper at least aku ada usaha dtg sini semata2 nk uruskan hal smbung belajar ni...
Sampai jer pagi td...terus gerak ke tempat nak discussion dengan wakil dari uni...
Bnyak la information baru aku dapat...
Okey la...ada reason aku datang sini...
Tp kan.......
Hati aku berat jer nk dtg sini
Maybe sebab aku dah lama sangat duk umah kot...
So homesick la skit lau nk kuar dari teganu tu...
Tp apa apa pn aku dah di selangor...
Insya-Allah bfore my birthday aku nk balik teganu...
So aku kena lah handle menda ni supaya cepat habis...
Wish me luck.... 

Published with Blogger-droid v1.6.9
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...